BARCELONA kehilangan mata pertama mereka musim ini semalam ketika Sevilla menyatakan niat mereka dalam perlumbaan mengejar gelaran La Liga Sepanyol dengan keputusan seri 1-1 di Camp Nou.
Luuk de Jong meletakkan Sevilla dihadapan dan sementara Philippe Coutinho menyamakan kedudukan dua minit kemudian, pasukan pelawat boleh dikatakan pasukan yang lebih baik dalam pertandingan yang sengit semalam.
Keputusan seri mengakhiri permulaan sempurna Ronald Koeman sebagai jurulatih Barca tetapi dia mungkin tidak terlalu senang dengan satu mata, walaupun pasukannya juga berpeluang merebut kemenangan.
“Kami kurang bertenaga daripada dua perlawanan pertama tetapi itu juga bergantung dengan pasukan lawan,” kata Koeman. “Mereka bertahan dengan baik.”
Koeman lebih gemar menurunkan duo muda Francisco Trincao dan Pedri.
“Sesuatu perkara boleh terjadi,” kata Koeman setelah itu ketika ditanya tentang Dembele. “Sekarang dia pemain Barca, mari kita lihat. Masih ada satu hari lagi, pemain boleh masuk atau keluar.”
Antoine Griezmann juga tidak banyak memberi sumbangan di sebelah kanan tetapi pemain dari Perancis itu akan diberi lebih banyak masa di bawah Koeman.
De Jong meletakkan Sevilla di depan setelah lapan minit ketika Barcelona gagal menghalang sepakan sudut pendek dan kemudian gagal mengeluarkan bola, yang disedahkan dengan sempurna oleh penyeang dari Belanda itu.
Tetapi kelebihan tersebut hanya bertahan selama dua minit, bola hantaran Lionel Messi menyebabkan panik di bahagian pertahanan Sevilla, di mana Jesus Navas meluncur untuk memintas tetapi hanya membukan ruang buat Coutinho untuk menjadikan kedudukan 1-1. – AFP