Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Setiausaha Kerajaan Sarawak ziarah kediaman keluarga mendiang Navin
  • TEMPATAN

Setiausaha Kerajaan Sarawak ziarah kediaman keluarga mendiang Navin

Utusan Sarawak 2 months ago
ZAHIR DUKACITA… Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki meluangkan waktu melawat keluarga mendiang Navin Navaratnam.

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menzahirkan rasa dukacita atas pemergian salah seorang pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak, mendiang Navin Navaratnam, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 10 April lalu.

Sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas sumbangan mendiang dalam perkhidmatan awam, beliau hari ini menziarahi kediaman keluarga mendiang di Kuching.

Dalam lawatan penuh empati itu, beliau meluangkan masa bersama ahli keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah serta menyatakan sokongan moral daripada pihak kerajaan Sarawak. 

“Kerajaan Sarawak amat menghargai segala khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mendiang sepanjang tempoh perkhidmatannya,” katanya dalam pertemuan tersebut.

Turut hadir ialah Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Superi Awang Said yang mewakili warga jabatan menyampaikan ucapan takziah dan sokongan kepada keluarga mendiang.

SEBAGAI SOKONGAN… Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang Navin Navaratna.

Sebagai tanda solidariti, sumbangan turut diserahkan kepada keluarga bagi meringankan beban yang ditanggung, selain menyuntik semangat dalam menghadapi waktu sukar ini.

Pemergian mendiang Navin merupakan satu kehilangan besar buat Perkhidmatan Awam Sarawak, namun jasa dan sumbangannya akan terus dikenang.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sesi Taklimat AKPANS 2025 perkasa budaya kerja cemerlang
Next: Dato Sri Wee Hong Seng kekal Datuk Bandar MBKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.