Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Setiap individu perlu sedar akan keperluan daftar PERKESO  
  • SEMASA

Setiap individu perlu sedar akan keperluan daftar PERKESO  

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTULU: Skim perlindungan sosial Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) adalah keperluan penting yang perlu didaftar oleh setiap individu untuk memastikan keselamatan kewangan dan kesejahteraan keluarga, terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan hidup. 

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, skim itu memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan dan memastikan sokongan berterusan kepada golongan yang kehilangan upaya kekal. 

Selain itu, menurut, ia juga memberi peluang untuk bangkit semula tanpa terbeban secara kewangan. 

Justeru, Johnny Pang mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan mendaftar untuk skim tersebut, kerana ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya perlindungan tersebut sehingga berhadapan dengan masalah besar selepas kemalangan atau insiden yang tidak dijangka. 

Beliau menggesa orang ramai untuk segera mendaftar, memastikan mereka tidak terlepas peluang menikmati manfaat perlindungan yang sangat berharga ini. 

“PERKESO bukan sahaja pilihan, tetapi kewajipan setiap rakyat Malaysia, kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. 

“Dengan memiliki perlindungan ini, kita dapat memastikan diri kita dan keluarga tidak terabai, tanpa perlu bimbang tentang masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan ke  rumah Orang Berinsurans (OB) dan Orang Tanggungan PERKESO untuk penyerahan kotak prihatin di sini, hari ini.

Pada masa sama, Johnny Pang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada PERKESO atas usaha berterusan mereka dalam memberikan perlindungan dan sokongan kepada masyarakat.

Semasa lawatan itu, beliau turut memberikan sumbangan peribadi berupa bakul makanan dan angpau sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SUITEX 2025 anjuran SUHA dijangka tarik lebih 5,000 pengunjung
Next: 5,000 pengunjung dijangka meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.