Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Setengah jam pujuk gelandangan merajuk
  • TEMPATAN

Setengah jam pujuk gelandangan merajuk

Utusan Sarawak 5 years ago

LIONG CHAI LING

MIRI: Pihak berkuasa terpaksa mengambil masa hampir setengah jam bagi memujuk seorang lelaki gelandangan dalam Ops Menyelamat Gelandangan di sekitar bandar raya ini, semalam.

Lelaki terbabit enggan diselamatkan pihak berkuasa  dengan memberi alasan bimbang barang lusuh dikutipnya hilang dicuri.

Bagaimanapun, setelah dipujuk berulang kali, lelaki terbabit akhirnya akur dengan nasihat pihak berkuasa.

Lelaki terbabit merupakan antara 35 gelandangan yang diselamatkan menerusi ops tersebut bagi membendung  wabak Covid-19.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri, Lau Ngee Wei berkata, kesemua gelandangan yang diselamatkan itu ditempatkan sementara di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah di sini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Katanya, kesemua mereka diselamatkan di beberapa lokasi termasuk di Taman Tunku, Tudan dan di kawasan bandar.

“Gelandangan yang diselamatkan itu akan diberikan beberapa bantuan kebajikan seperti tempat tidur, makanan dan pakaian.

“Selain itu, mereka juga  akan diberikan rawatan kesihatan mental oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Sekiranya ada yang disyaki  positif mental, mereka akan dibawa ke Unit Psikiatari hospital untuk tindakan lanjut manakala jika yang didapati positif dadah mereka akan diawasi dan dipantau oleh AADK dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut.

Lau berkata, sepanjang berlangsungnya ops itu berjalan dengan lancar tanpa halangan daripada golongan gelandangan yang diselamatkan.

“Jarang tengok mereka macam ini, biasanya mereka akan melawan sebab itu kami perlukan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi ini.

“Mungkin mereka pun faham dalam keadaan situasi semasa sekarang dan mereka secara sukarela dipindahkan ke dewan ini,” katanya. Operasi bermula jam 10 pagi itu membabitkan 31 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk JKM, Majlis Bandaraya Miri, RELA dan PDRM.

Continue Reading

Previous: 620 golongan asnaf terima bantuan
Next: Sarawak catat kematian ke-10

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.