Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sesi libat urus LPKP bincang, dapatkan pandangan pemain industri
  • SEMASA

Sesi libat urus LPKP bincang, dapatkan pandangan pemain industri

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak mengadakan program Sesi Libat Urus: Maklum Balas Pemain Industri terhadap Penggubalan Dasar Pelesenan Kenderaan Perdagangan di Sarawak.

Program tersebut berlangsung di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, semalam. 

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian, bertujuan membincangkan serta mendapatkan pandangan pemain industri mengenai penambahbaikan dasar pelesenan kenderaan perdagangan di Sarawak.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi tindakan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 25, Akta 334.

Antara isu lain yang dibangkitkan ialah pergerakan kenderaan perdagangan dari Sarawak ke Sabah dan sebaliknya.

Seramai 18 ahli persatuan yang mewakili lapan persatuan lori di Sarawak hadir bagi sesi libat urus ini.

Turut hadir ialah Pengarah LPKP Sarawak, Cornelia Wong Chui; Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir; Ahli Lembaga LPKP Sarawak, Superintenden Bingkok John serta wakil daripada JPJ Sarawak, Rogie Saui.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1.00 tengah hari
Next: Transformasi negeri kepada bandar hijau bagi iktiraf kelestarian alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.