Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi dialog bersama pengusaha lori
  • Tengah
  • WILAYAH

Sesi dialog bersama pengusaha lori

Utusan Sarawak 3 months ago
UNTUK KENANGAN…. Nor Azlan Ibrahim (empat kiri, barisan hadapan) merakam kenangan bersama peserta dialog bersama pengusaha lori dari Persatuan Lori Sibu, Persatuan Lori Sarikei, Persatuan Lori Bintangor dan Persatuan Lori Sarawak.

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah mengadakan satu sesi dialog bersama pengusaha lori dari Persatuan Lori Sibu, Persatuan Lori Sarikei, Persatuan Lori Bintangor dan Persatuan Lori Sarawak.

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim telah mempengerusikan sesi dialog tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat JPJ Cawangan Sibu.

Sesi dialog tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu semasa merangkumi pematuhan kepada had berat muatan dibenarkan, isu-isu teknikal, penguatkuasaan dan peraturan serta perundangan terkini.

Nor Azlan memberitahu, melalui sesi dialog tersebut pihaknya turut mendengar masalah berkaitan dihadapi oleh pengusaha lori berkenaan dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik yang selaras dengan peraturan serta undang-undang terkini.

“Kita mahu mewujudkan situasi menang-menang antara JPJ Sarawak sebagai agensi penguatkuasa boleh mengadakan aktiviti penguatkuasaan dengan lebih berkesan dan pihak industri pula sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang dalam mereka menjalan perniagaan,” katanya.

Menurutnya, sesi dialog sama akan diadakan dua kali setahun dan akan diperluaskan ke zon utara dan selatan Sarawak.

Sementara itu, Ketua Seksyen Operasi JPJ Sarawak Saifullah Ali membentangkan isu-isu berkaitan dengan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan diseluruh negeri ini

Turut hadir, Ketua Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Sarawak, Ts Ahmad Abdul Hadi Hamzah yang membentangkan aspek teknikal kenderaan serta peraturan terkini.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dr. Sim lakukan kunjungan TBC di Sibu
Next: Rokok tanpa cukai bernilai RM246,400 dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.