Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sertai sepak takraw tertutup Mukah
  • SUKAN

Sertai sepak takraw tertutup Mukah

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Syahrulizan Madian menyerahkan borang kejohanan kepada Setiausaha PESTAM, Norisham Bujang.

PASUKAN sepak takraw tempatan dipelawa untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Bahagian Mukah 2020.

Ia akan dilangsungkan  selama dua hari bermula 14 hingga 15 November di Stadium Tertutup Kementerian Belia Dan Sukan Sarawak (KBS Sarawak) Bahagian Mukah.

Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Mukah dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bahagian Mukah (PESTAM) akan bekerjasama untuk memastikan penganjuran akan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Kejohanan hanya terhad kepada 20 pasukan sahaja dengan johan akan membawa pulang RM800, piala dan medal, naib juara (RM600, piala dan medal) dan tempat ketiga bersama, masing-masing(RM350, piala dan medal).

Antara syarat kejohanan anjuran bersama Jabatan Penerangan dan PESTAM itu  ialah pemain mestilah berasal dari Bahagian Mukah atau sudah berkerja lebih dari tiga bulan di sini.

“Objektif kejohanan, antara lain adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pelbagai kaum di bahagian ke-10 ini melalui acara sukan, sebagai platform untuk memperkenalkan Mukah sebagai destinasi baharu sukan takraw di negeri Sarawak pada masa akan datang dengan penganjuran  kejohanan yang lebih besar,” ujar Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Mukah, Syahrulizan Madian.

Selain itu, katanya, ia juga diharapkan dapat menarik minat generasi muda dalam sukan sepak takraw.

“Dan sudah pasti impian kita ialah untuk mencungkil bakat-bakat baharu  untuk mewakil bahagian dan seterusnya negeri dan malah negara pada suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui media.

Untuk keterangan lanjut boleh datang ke Pejabat Penerangan Daerah Mukah atau hubungi beliau di talian 143542447, Norisham Bujang (0198356675), atau Shukri@suko Sulaiman(0194274914).

Continue Reading

Previous: Impian diharap jadi kenyataan
Next: Harumkan nama Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.