Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Serbuk campuran ecstacy antara dadah dirampas polis dalam tiga serbuan
  • JENAYAH

Serbuk campuran ecstacy antara dadah dirampas polis dalam tiga serbuan

Utusan Sarawak 2 months ago
BERJAYA DIRAMPAS… Pelbagai jenis dadah iaitu ketamin, erimin 5, pil ecstacy dan serbuk campuran ecstacy berjaya dirampas sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu dalam tiga serbuan di Jalan Tong Sang, Jalan Merdeka dan Jalan Langsat Sibu, malam kelmarin. FotoIPD Sibu

SIBU: Ketamin, erimin 5, pil ecstacy, dan serbuk campuran ecstacy antara jenis dadah yang berjaya dirampas sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu dalam tiga serbuan di Jalan Tong Sang, Jalan Merdeka dan Jalan Langsat Sibu, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata dalam serbuan antara 10.15 malam hingga 11.00 malam itu, polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. 

“Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai dan membuat rampasan pelbagai jenis dadah, iaitu dadah jenis serbuk campuran ecstacy dan pil ecstasy (berat kasar: 40,006.00 gram) bernilai RM45,006.

“Ketamin (berat kasar: 49.9 gram) bernilai RM9,980 dan Erimin 5 (658 biji) (berat kasar: 187.3 gram) bernilai RM13,160. Jumlah keseluruhan rampasan adalah RM68,146.

“Pihak polis turut membuat sitaan ke atas sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y100 dianggarkan bernilai RM7,000,” katanya menerusi siaran media.

Katanya, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah. 

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. 

“Seterusnya, suspek telah ditangkap dibawah Seksyen 39B ADB 1952 dan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 jika disabitkan kesalahan gantung sampai mati atau penjara seumur hidup,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki disyaki rogol teman wanita
Next: Polis buru lelaki lepaskan tembakan mercun ke arah orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.