Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan – KPN
  • NASIONAL

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan – KPN

Utusan Sarawak 12 months ago
KETUA Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata, tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media hari ini.

“Semua tujuh individu yang ditahan semalam dan yang direman hari ini ialah rakyat tempatan berumur antara 19 hingga 62 tahun dan tiada warga Singapura (terlibat) seperti yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, tujuh individu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Mei bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan di balai polis berkenaan.

Individu yang direman terdiri daripada lima ahli keluarga suspek, yang ditahan susulan pemeriksaan di kediaman keluarga suspek pada awal pagi semalam.

Turut direman ialah dua penuntut kolej berusia 21 dan 22 tahun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Next: Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.