Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Seramai 100 warga PDRM derma darah
  • TEMPATAN

Seramai 100 warga PDRM derma darah

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri melawat salah seorang pegawai Polis yang sedang menjalani proses derma darah di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak, pagi tadi.

KUCHING: Seramai 100 penderma darah terpilih terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak pada Program Derma Darah PDRM Kontinjen Sarawak berlangsung pada 8.00 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, program hasil kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Hospital Umum Sarawak ini membantu usaha Tabung Darah Negara untuk menampung keperluan darah yang semakin meningkat setiap tahun.

“Kita sedia maklum program derma darah seperti ini amat dialu-alukan oleh pihak Hospital kerana dengan menderma darah kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain yang memerlukan.

“Saya amat berharap agar program seumpama ini dapat diadakan sekerap mungkin bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Derma Darah sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-216 di Dewan Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak, hari ini.

“Kempen derma darah ini merupakan acara tahunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diadakan sempena sambutan Hari Polis ke-216,” katanya.

Turut hadir, Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah Hospital Umum Sarawak Dr Mohammad Masrin Md Zahrin, Ketua Jabatan Cawangan Khas Asisten Komisioner Kanan (SAC) Taufik Toh Abdullah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sarawak SAC Lukas Aket dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Wong Ing Fung.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Penutupan sementara jalan sekitar Bulatan Setia Raja  
Next: Saddamiah lahirkan anak ketiga di Semenggoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.