Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Serah tugas jawatan tertinggi Polis Sarawak, disempurnakan CP Dato Mancha
  • Selatan
  • WILAYAH

Serah tugas jawatan tertinggi Polis Sarawak, disempurnakan CP Dato Mancha

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SERAH….Dato Mancha Ata menyaksikan penyerahan tugas antara Supt. Samima Mustapha dan SAC Nor Omar Sappi.

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, merasmikan dan menyaksikan beberapa siri majlis penyerahan tugas melibatkan jawatan tertinggi dalam Polis Kontinjen Sarawak, yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Majlis dimulakan dengan penyerahan tugas oleh SAC Nor Omar Sappi, yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC).

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh CP Dato Mancha sendiri.

Seterusnya, berlangsung acara penyerahan tugas Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam daripada Supt. Samima Mustapha kepada SAC Nor Omar Sappi.

Dalam ucapannya, Mancha menyatakan keyakinan terhadap barisan kepimpinan baharu dengan berkata:


“Saya percaya pegawai yang dilantik hari ini akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sarawak.”

RASMI…Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah secara rasmi menyerahkan tugas kepada penggantinya, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu majlis penyerahan tugas yang berlangsung hari ini.

Majlis turut menyaksikan penyerahan tugas rasmi Ketua Polis Daerah Kuching dan Miri antara ACP Alexson Naga Chabu dan ACP Mohd Farhan Lee Abdullah.

Selain itu, turut diadakan penyerahan tugas Pengerusi PERKEP IPD Kuching dan Miri daripada Puan Jesselyn Roland Demong kepada Puan Arabia Abdul Rahim, yang disaksikan oleh Puan Puspawati Hj Mohd Aris, Ketua Biro Kebajikan PERKEP Kontinjen Sarawak.

Turut hadir Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Formasi, Ketua-ketua Polis Daerah berdekatan, anggota PERKEP Sarawak, serta pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Sarawak.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masalah elektrik jejas sesi pembelajaran Tabika: Ahli Parlimen tampil bantu
Next: Perlu telus beri input tepat, pelaksanaan projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.