Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Separuh penduduk setinggan Mumbai dijangkiti Covid-19
  • GLOBAL

Separuh penduduk setinggan Mumbai dijangkiti Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA… Gambar fail menunjukkan kakitangan perubatan melakukan ujian Covid-19 dari rumah ke rumah di Dharavi iaitu kawasan setinggan terbesar di India. • Foto AFP

NEW DELHI: Lebih separuh penduduk Mumbai di penempatan setinggan dijangkiti Covid-19, menurut kajian suruhanjaya bandar yang dikeluarkan semalam, sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu mengenai jumlah rasmi jangkitan di India.

India kini adalah negara ketiga paling teruk dilanda Covid-19 selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil, dengan hampir 1.5 juta kes walaupun pakar sebelum ini mengatakan jumlah sebenar kes jauh lebih tinggi berikutan bilangan ujian yang terhad.

Ujian darah secara rawak ke atas 6,936 pesakit oleh pihak berkuasa Mumbai mendapati 57 peratus penduduk di penempatan setinggan sudah dijangkiti dan kira-kira 16 peratus penduduk tidak dijangkiti mempunyai antibodi virus itu.

Mumbai, di mana 40 peratus penduduk mendiami kawasan pandemik, melaporkan lebih 110,000 kes dan lebih 6,000 kematian setakat ini.

Bandar di barat India dengan 20 juta penduduk itu turut menempatkan kawasan setinggan terbesar India, Dharavi, di mana terdapat sekitar sejuta penghuni.

Bagaimanapun, tidak banyak kematian dilaporkan di kawasan luas didiami penduduk miskin itu kerana mengikut dakwaan pegawai tempatan, usaha agresif mereka membendung penyebaran virus membuahkan hasil.

Hasil tinjauan menunjukkan, jangkitan asimptomatik (tiada gejala) ‘mungkin menyumbang sebahagian besar daripada semua jangkitan’ dan juga menunjukkan kadar kematian akibat virus mungkin ‘sangat rendah’, kata kajian itu.

Tinjauan di Mumbai dilakukan seminggu selepas kajian antibodi yang ditugaskan kerajaan menunjukkan bahawa hampir satu perempat penduduk di ibu kota New Delhi itu dijangkiti Covid-19.- AFP

Continue Reading

Previous: Presiden Mali lantik menteri baharu
Next: Seorang maut, 17 cedera dalam letupan gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.