Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Separuh laluan Jalan Kuching – Serian berhampiran Richmond Park ditutup sementara
  • TEMPATAN

Separuh laluan Jalan Kuching – Serian berhampiran Richmond Park ditutup sementara

Utusan Sarawak 2 months ago
KAWASAN terlibat dari KM138+940 hingga KM139+940.  

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengumumkan penutupan sementara separuh laluan di Jalan Kuching-Serian, berhampiran Richmond Park, bagi tujuan kerja-kerja pembaikan jalan.

Penutupan itu akan berlangsung dari 12 Mac hingga 29 Mac 2025, antara jam 9:00 malam hingga 5:00 pagi setiap hari.

Kawasan terlibat adalah dari KM138+940 hingga KM139+940.

Menurut kenyataan JKR Sarawak, langkah tersebut diambil bagi memastikan kelancaran kerja pembaikan serta keselamatan pengguna jalan raya.

“Sehubungan itu, para pemandu dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

“Pengguna jalan raya diingati untuk mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh pembaikan ini,” katanya dalam satu notis yang dikeluarkan, hari ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada JKR Bahagian Serian pada waktu pejabat di talian 082-876670 atau DAL HCM Sdn Bhd di talian 082-891956, dan Ericson di 019-4382225.  

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jalan Miri-Marudi ditutup sementara esok
Next: MPP: Bring recyclable items you can turn into cash this Saturday

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.