Separuh jalan di bulatan Intan Samarahan ditutup mulai esok  

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Jalan raya di bulatan Intan Samarahan menuju ke Kuching ditutup separuh jalan mulai esok hingga Khamis ini (17-22 Disember).

Ia bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya yang melibatkan penutupan sementara separuh jalan dari pukul 9 malam hingga 4 pagi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu di jalan terbabit ketika tempoh kerja pembaikan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan sehingga kerja pembaikan selesai.

“Pihak Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk

merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.

 Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak melalui talian (082-203 096) pada waktu pejabat.

Oleh NUR AIN OTSMAN