Sepanyol sambut bintang baharu pada jersi skuad kebangsaan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SYDNEY: Selepas 16 tahun, Sepanyol akhirnya dapat menambah bintang baharu pada jersi skuad kebangsaan mereka pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasukan Sepanyol menewaskan juara bertahan Argentina 1-0 selepas masa tambahan untuk muncul juara Piala Dunia 2026, sekali gus meraih kejuaraan kedua dalam sejarah pertandingan itu selepas kejayaan sulung pada 2010.

Sejurus tamat perlawanan, akaun rasmi pasukan kebangsaan Sepanyol di platform media sosial X memuat naik video yang memaparkan bintang kedua disulam pada jersi pasukan.

LAMBANG 2 bintang Sepanyol didedahkan, kedudukan bersebelahan

“Helo, bintang. Selama 16 tahun kamu bersendirian, tetapi kini sudah tiba masanya kamu mempunyai teman di atas lambang kami,” menurut hantaran itu.

Bintang yang lazimnya diletakkan di atas lambang pasukan secara tradisinya melambangkan jumlah kejuaraan Piala Dunia yang dimenangi sesebuah pasukan. – Bernama