Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang kanak-kanak maut, 23 cedera dalam insiden letupan di sekolah
  • GLOBAL

Seorang kanak-kanak maut, 23 cedera dalam insiden letupan di sekolah

Utusan Sarawak 12 months ago
GAMBAR hiasan.

YANGON: Seorang kanak-kanak maut manakala 23 lagi cedera dalam letupan di sebuah sekolah rendah di wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar, semalam, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah hari waktu tempatan di bandar Dawei.

Sebutir bom yang ditinggalkan oleh pengganas semasa serangan sebelum ini ditemukan oleh pelajar semasa membersihkan kawasan sekolah sebelum membawanya kepada guru. 

Bagaimanapun, bom itu terjatuh dan meletup menyebabkan seorang pelajar maut dan mencederakan 22 yang lain serta penjaga seorang pelajar.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: 10 maut ribut landa wilayah KwaZulu-Natal di Afrika Selatan
Next: Buruan Thailand: Chaowalit akan dipindahkan ke Penjara Pusat Bang Kwang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.