Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seorang ditangkap, 26 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Seorang ditangkap, 26 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 5 hours ago
LELAKI berusia awal 40-an ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia lingkungan awal 40-an ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Engkilili, semalam.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, suspek ditahan selepas pemeriksaan dilakukan ke atasnya dalam operasi berkenaan yang memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah serta meningkatkan kehadiran polis di kawasan dikenal pasti sebagai kawasan panas.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi bersepadu itu diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah, Inspektor Nelson Ensit bersama 18 anggota daripada pelbagai pangkat.

OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh IPD Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Engkilili, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Operasi tersebut dilaksanakan bagi mengekang peningkatan jenayah indeks di samping membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah, perjudian serta kegiatan tidak bermoral di kawasan terlibat.

Dalam tempoh operasi yang berlangsung kira-kira lima jam itu, sebanyak 125 kenderaan dan 130 individu telah diperiksa oleh pihak polis.

Selain itu, sebanyak 26 saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang operasi dijalankan.

IPD Lubok Antu dalam kenyataan sama menegaskan komitmen berterusan pihaknya untuk memperkukuh penguatkuasaan undang-undang demi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah itu terus terjamin.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Zon Maritim Bintulu tahan bot tunda tanpa lesen di Kuala Kemena

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.