Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Semariang
  • KEMALANGAN

Seorang cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Semariang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KENDERAAN yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Semariang, sebentar tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

PETRA JAYA: Satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan dilaporkan berlaku di hadapan restoran makanan segera McDonald’s di Jalan Semariang, sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira empat kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Bezza dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport.

Pihak Bomba mengesahkan kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, pemandu Perodua Bezza mengalami kecederaan terbuka dan diberikan rawatan awal oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital bersama isteri, dan anaknya yang tidak cedera.

Sementara itu, pemandu Mitsubishi Pajero Sport pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Oleh Amanda L.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Satu lagi mangsa hanyut di Sungai Sengayan belum ditemui
Next: Sungai Segayan ragut nyawa, operasi SAR masuk hari kelima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.