Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sentiasa beringat!
  • SUKAN

Sentiasa beringat!

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGURUS…Abdillah Majid.

PENGURUS Skuad Bola Sepak Sukma Sarawak, Abdillah Majid mengingatkan pemain, jurulatih serta pegawai agar sentiasa berwaspada.

Di samping sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang latihan bagi menghindari musibah yang tidak diingini berlaku tatkala situasi negara masih berdepan pandemik Covid-19.

“Kita sudah mengingatkan pemain, jurulatih dan pegawai agar sentiasa berwaspada serta beringat selain mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Langkah tersebut penting kerana kita tidak mahu sebarang masalah luar jangkaan timbul yang sekali gus boleh menjejaskan persiapan pasukan,” ujar Abdillah ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Abdillah, sebagai mana diketahui semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukannya sentiasa mengutamakan SOP sepanjang sesi latihan.

“Pihak kami juga mengingatkan kepada pemain agar mengelak daripada terdedah kepada program diluar pengetahuan pihaknya,” tambah Abdillah.

Skuad kendalian Ahmad Fairuz Mohd. Yunus itu mula menjalani latihan sejak 1 Julai lalu dan disertai lebih 20 pemain berpengalaman dari Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia), skad Piala Presiden Kuching FA serta beberapa pemain berbakat dari Sekolah Sukan Negeri Sarawak (SSNS).

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: 13 ditangkap, raikan kejuaraan
Next: Program ‘Kayuh & Sarapan’ tarik 100 peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.