64 pasukan bakal berentap pada Kejohanan e-Sukan Sibu 2026

Facebook
WhatsApp
SETIAUSAHA Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Sibu, Maria Nadja Jimmy Jalil bersama yang lain pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Sibu hari ini.

SIBU: Sebanyak 64 pasukan dijangka menyertai Kejohanan e-Sukan Sibu 2026 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM15,000 di Hotel RH di sini pada 26 dan 27 September ini.

Setiausaha Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Sibu, Maria Nadja Jimmy Jalil berkata, kejohanan berkenaan dianjurkan DTTG Sibu dengan kerjasama Kelab e-Sukan Daerah Sibu (SDEC) dan penerbit permainan video, MOONTON Games.

Menurutnya, dua permainan mudah alih dipertandingkan dalam kejohanan itu, iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PUBG MOBILE, masing-masing membabitkan 32 pasukan.

“Sehingga semalam, pendaftaran telah mencapai 34 peratus daripada kuota keseluruhan, melibatkan 10 pasukan bagi acara MLBB dan 12 pasukan bagi PUBG MOBILE.

“Pasukan yang telah mendaftar terdiri daripada pelbagai daerah di Sarawak, termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei, Bintangor, Mukah, Daro, Pakan, Tatau, Bintulu, Miri, Marudi dan Sibu,” katanya pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Sibu di sini, hari ini.

Maria berkata, kejohanan berkenaan bukan sahaja menjadi medan persaingan, malah memberi peluang kepada pemain tempatan menguji kemahiran, strategi dan kerjasama berpasukan dalam suasana pertandingan sebenar.

Katanya, penganjuran acara sempena TechUnity 2026 itu turut bertujuan memperkasakan ekosistem e-sukan dalam kalangan belia di Sibu dan kawasan tengah Sarawak.

“Semua slot penyertaan kejohanan ini ditaja sepenuhnya, sekali gus membolehkan pasukan mendaftar secara percuma,” katanya.

Kejohanan berkenaan merupakan antara acara tumpuan TechUnity 2026 yang menggabungkan elemen teknologi, inovasi digital, e-sukan dan pembangunan komuniti belia dalam usaha memperkukuh Sibu sebagai antara lokasi aktiviti digital di Sarawak.

Hadir sama Presiden SDEC, Lee Sieng Keong dan Naib Presiden SDEC, Terence Tan.

Oleh Tarani Lanting

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan