Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Seni lukisan tangan luahkan perasaan berbentuk imej
  • TEMPATAN

Seni lukisan tangan luahkan perasaan berbentuk imej

Utusan Sarawak 7 months ago

GIMIK....Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting berkesempatan membuat hasil karya seni lukisan.

KUCHING: Seni lukisan tangan adalah merupakan antara seni kreatif yang cukup lama dalam proses penghasilannya kerana ia dapat menggambarkan teknik atau hasil kerja teliti bagi meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata, penghasilan lukisan daripada anak seni Sarawak ini juga dapat menggambarkan keharmonian yang terdapat di Sarawak.

Jelasnya, peranan seorang pelukis bukan sahaja melukis apa yang dirasakan, namun berperanan dalam mencerminkan asas identiti budaya seni tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pameran Seni Tahunan Persatuan Seni Sarawak di sebuah Pusat beli-belah di sini malam ini.

Dalam pada itu beliau berkata, perjalanan sebagai artis seni lukisan bukan perkara yang mudah dan perlu mengambil masa lama untuk menghasilkan karya berkualiti.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: STA anjur kursus pelantikan semula Renjer Hidupan Liar Kehormat
Next: Kerap ‘turun padang’ untuk pastikan projek bekalan air luar bandar ditangani – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.