Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semua cuti anggota IPD Kuching dibekukan sempena Aidilfitri
  • TEMPATAN

Semua cuti anggota IPD Kuching dibekukan sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berucap pada sambutan Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Semua cuti anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dibekukan sepanjang sambutan Aidilfitri bagi memastikan kehadiran penuh anggota di lapangan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata langkah itu melibatkan terutamanya pegawai trafik bagi mengawal keadaan lalu lintas serta memastikan keselamatan awam terjamin.

“Pegawai dan anggota mencukupi untuk menjalankan tugas sepanjang perayaan.

“Perancangan awal telah dibuat bagi memastikan respons terhadap masyarakat sentiasa diambil berat,” katanya dalam sidang media sempena sambutan Hari Polis ke-218 di IPD Kuching, hari ini.

Mohd Farhan turut menasihati orang ramai yang meninggalkan rumah semasa Aidilfitri supaya memaklumkan perkara itu kepada balai polis berhampiran bagi membolehkan rondaan lebih kerap dilakukan di kawasan berkenaan.

“Selain itu, maklumkan juga kepada jiran supaya mereka dapat membantu memantau rumah dan segera melaporkan kepada polis sekiranya berlaku sebarang kejadian yang mencurigakan,” tambahnya.

Oleh Amanda L. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kongsi rezeki sempena Aidilfitri
Next: Majlis Perbandaran Kota Samarahan lancar Kempen Kebersihan Tandas Awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.