Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sembunyi dalam stor, ular tedung selar berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Sembunyi dalam stor, ular tedung selar berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 1 month ago
TANGKAP ULAR… Anggota bomba berjaya menangkap ular tedung selar. Foto BBP Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis telah menangkap seekor ular tedung selar di stor rumah kedai, Kampung Masjid Baru, Belawai pada semalam.

Ketua BBP Tanjung Manis, Bangga Baie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.32 pagi.

“Pasukan operasi yang terdiri daripada tiga anggota, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Alban Gayan telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan memulakan operasi pada 9.04 pagi.

“Pemeriksaan di premis mendapati ular berbisa ini berada di bahagian stor rumah kedai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, anggota bomba telah menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap serta satu unit peralatan penjerut ular untuk mengesan dan menangkap reptilia tersebut.

“Ular berjaya ditangkap dengan selamat dan dilepaskan kembali ke habitat asal.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.35 pagi tanpa sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Ular tedung selar atau nama saintifiknya ‘Ophiophagus hannah’ merupakan spesies ular berbisa terbesar di dunia, mampu mencapai panjang sehingga lima meter.

Bisa yang dihasilkannya mengandungi neurotoksin yang boleh melumpuhkan sistem saraf dan membawa kepada kematian jika tidak dirawat dengan segera.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak teruskan kunjungan Aidilfitri ke kediaman Datuk Rosey Yunus
Next: Status Miri akan ditingkatkan melalui pembangunan selaras potensi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.