KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 54 kenderaan dan 64 individu diperiksa dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah yang dijalankan di sekitar Jalan Stakan–Kota Samarahan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, operasi dari 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam itu turut menyaksikan sembilan saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Beliau berkata, tiga lelaki tempatan turut ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Turut dirampas 18 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 5.02 gram.
Mohd Irwan Hafiz berkata, pihak polis akan terus mempergiatkan operasi pencegahan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Oleh Connie Chieng




