Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sembilan pain darah berjaya dikumpul
  • Selatan
  • WILAYAH

Sembilan pain darah berjaya dikumpul

Utusan Sarawak 4 months ago
DERMA DARAH… Antara penderma darah yang menderma darah di BBP Sarikei. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Sebanyak sembilan pain darah berjaya dikumpul oleh Unit Tabung Darah Hospital Sarikei sempena Kempen Derma Darah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, program tersebut merupakan anjuran bersama BBP Sarikei dan Unit Tabung Darah Hospital Sarikei.

“Kempen derma darah bermula pada 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di BBP Sarikei.

“Terima kasih kepada semua penderma darah yang hadir menderma darah mereka,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, penderma darah terdiri dari anggota bomba dan orang awam.

“Tujuan kempen ini adalah untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital Sarikei bagi menyelamatkan pesakit yang memerlukan darah.

“Saya berharap lebih ramai lagi penderma darah hadir ke kempen derma darah di masa akan datang,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dudong terus nikmati pembangunan pesat
Next: Penduduk Kabong digalak sertai PBS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.