Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sembilan keluarga diancam tanah runtuh
  • TEMPATAN

Sembilan keluarga diancam tanah runtuh

Utusan Sarawak 5 years ago
RUNTUH…. Tanah runtuh menyebabkan bahagian dapur rumah panjang musnah.

BINTULU: Seramai sembilan keluarga terjejas akibat tanah runtuh disebabkan hujan lebat beberapa hari lalu di Rumah Sating Anak Bundan, KM67, Jalan Bintulu-Miri, semalam.

Tuai Rumah Sating, 50, berkata kejadian itu disedari berlaku sekitar jam5:00 pagi oleh penduduk rumah panjang apabila hendak memasak nasi awal pagi itu.

“Ketika salah seorang wanita hendak memasak nasi awal pagi didapati paip air sudah tiada, sekali tengok ke luar dapur didapati belaku tanah runtuh,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika tanya oleh pihak media di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu hanyalah merosakkan bahagian dapur bagi sembilan pintu keluarga rumah panjang berkenaan.

Rumah panjang tersebut dihuni sebanyak 67 pintu bilik dan sekitar 500 orang penduduk.

“Kejadian berlaku tidak menyebabkan sebarang kemalangan mahupun kecederaan dan penduduk rumah panjang dalam keadaan selamat,” katanya.

Berikutan kejadian itu beliau telah menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi mengenai perkara terbabit.

“Dia (Majang Renggi) telah turun padang bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melihat sendiri keadaan ini,” katanya.

Tambahnya, keadaan bahagian yang runtuh tersebut adalah masih terkawal dan selamat.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Kontraktor digesa proaktif siapkan projek
Next: Harga tiket penerbangan turun jika kapasiti penuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.