Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sekolah ditutup, kerja dari rumah sempena aksi pembukaan Piala Dunia di Mexico City
  • SUKAN

Sekolah ditutup, kerja dari rumah sempena aksi pembukaan Piala Dunia di Mexico City

Utusan Sarawak 4 hours ago
MEXICO City tutup sekolah, galak kerja dari rumah sempena aksi pembukaan Piala Dunia 2026. Foto AGENSI

MEXICO CITY: Kanak-kanak sekolah akan bercuti dan penjawat awam diminta bekerja dari rumah bagi mengelak kesesakan lalu lintas apabila kejohanan bola sepak Piala Dunia bermula Khamis ini di Stadium Azteka, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Hos bersama Mexico menentang Afrika Selatan dalam aksi pembukaan di ibu negara Mexico itu dan kerajaan mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena acara berkenaan.

Presiden Claudia Sheinbaum telah menandatangani dekri untuk sekolah dan universiti ditutup, manakala syarikat swasta diminta membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

Doktor, pegawai polis dan pekerja dalam infrastruktur kritikal pula antara mereka yang dijangka bekerja seperti biasa.

Upacara pembukaan dan perlawanan berlangsung sekitar tengah hari di Mexico City. Majlis yang menampilkan penyanyi terkenal Shakira, bermula pada 11.30 pagi (1730 GMT), manakala perlawanan pembukaan bermula pada 1 tengah hari (1900 GMT).- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Turkiye teruskan persiapan Piala Dunia di Arizona
Next: Piala Dunia 2026: Era Messi-Ronaldo kian berakhir, generasi baharu sedia menggegar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.