Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sekolah di tiga daerah dibuka pada 17 Ogos
  • SEMASA

Sekolah di tiga daerah dibuka pada 17 Ogos

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media perkembangan Covid-19 Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Kuching, semalam.

KUCHING: Pembukaan semula sekolah menengah dan rendah di tiga daerah iaitu Kuching, Samarahan dan Padawan yang dijadualkan pada 17 Ogos ini kekal.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan panjang lebar pihaknya bersama dengan agensi berkaitan.

“Melihat keadaan kes semasa yang berlaku di Kuching, Samarahan, Lundu, Bau dan Serian, maka sesi persekolah yang dijadualkan dibuka pada 17 Ogos ini adalah kekal pada tarikh itu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) berkata demikian pada sidang media perkembangan Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini, semalam.

Terdahulu, sesi persekolahan di tiga daerah tersebut ditunda sebanyak tiga kali iaitu pada mulanya 22 Julai, kemudian ditunda kepada 3 Ogos dan seterusnya 17 Ogos berikutan peningkatan kes Covid-19.

Keputusan penangguhan sesi persekolahan di tiga daerah itu melibatkan 213 buah sekolah dibuat berdasarkan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bersama semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak).

Terdahulu, penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan itu melibatkan murid sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan sekolah menengah dari Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Rendah.

Sementara kelas Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: JRTM letak Sarawak dalam peta pelancongan
Next: Rembau: Khairy sedia bincang dengan Mohamad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.