Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sejumlah RM35,700 kompaun dikeluarkan kepada majikan gagal patuh perintah gaji minimum
  • SEMASA

Sejumlah RM35,700 kompaun dikeluarkan kepada majikan gagal patuh perintah gaji minimum

Utusan Sarawak 2 years ago

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM35,700 kompaun telah dikeluarkan kepada majikan di seluruh negara sejak penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2022 dilaksanakan dalam tempoh 1 Mei  2022 hingga 31 Disember tahun lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata, dalam tempoh itu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah melakukan pemeriksaan terhadap 28,722 premis majikan dan hasilnya 33 kes telah didakwa.

Pada masa sama juga sebanyak 2,659 syor pematuhan telah dilakukan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.   

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Low Kian Chuan yang ingin tahu langkah penguatkuasaan kerajaan terhadap majikan yang tidak mematuhi penetapan gaji minimum sebanyak RM1,500 itu. 

Katanya, majikan yang didapati gagal mematuhi penetapan itu boleh dikenakan tindakan pendakwaan dan kompaun dengan denda maksimum sehingga RM10,000.

Bermula 1 Mei tahun lalu, kerajaan menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum 2022 bagi majikan yang mengambil lima orang pekerja atau lebih, manakala bagi majikan yang menggaji kurang daripada lima orang, peraturan yang sepatutnya dilasanakan pada 1 Jan lepas ditangguhkan kepada 1 Julai 2023. 

– Bernama

Continue Reading

Previous: 16,000 – 20,000 guru baharu diunjur dalam tempoh lima tahun
Next: 22 projek infrastruktur Persekutuan di Sabah, Sarawak diluluskan bagi 2018-2022

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.