Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Search, Wings Dan XPDC bersatu dalam Konsert 3 Veto Ogos ini
  • HIBURAN

Search, Wings Dan XPDC bersatu dalam Konsert 3 Veto Ogos ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI kumpulan Search, Wings dan XPDC bergambar pada sidang media Konsert 3 Veto, semalam. Sejarah industri muzik rock tanah air bakal tercipta apabila tiga kumpulan gergasi, Search, Wings dan XPDC akan berkongsi satu pentas buat pertama kali menerusi Konsert 3 Veto di Megastar Arena di sini, pada 1 Ogos depan. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Sejarah industri muzik rock tanah air bakal tercipta apabila tiga kumpulan gergasi, Search, Wings dan XPDC akan berkongsi satu pentas buat pertama kali menerusi Konsert 3 Veto di Megastar Arena di sini, pada 1 Ogos depan.

Konsert itu dijangka mengembalikan nostalgia kegemilangan muzik rock era 1980-an dan 1990-an menerusi rangkaian lagu hit serta persembahan bertenaga yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Wakil penganjur, Ikhram Zainuddin berkata, idea menyatukan ketiga-tiga legenda itu timbul daripada minat mendalam terhadap karya mereka sejak kecil, selain mahu merealisasikan impian selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang penganjuran konsert.

KUMPULAN Wings yang ditemui pada sidang media Konsert 3 Veto, semalam. Sejarah industri muzik rock tanah air bakal tercipta apabila tiga kumpulan gergasi, Search, Wings dan XPDC akan berkongsi satu pentas buat pertama kali menerusi Konsert 3 Veto di Megastar Arena di sini, pada 1 Ogos depan. Foto Bernama.

“Hendak kumpulkan mereka ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi syukur semuanya berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada semua pihak termasuk pengurusan artis,” katanya pada sidang media konsert berkenaan di sini, semalam.

Ikhram berkata penyatuan tiga kumpulan legenda itu juga merupakan simbol penghargaan terhadap legasi rock tempatan yang masih mempunyai pengaruh besar hingga hari ini. 

“Bayangkan akan ada satu segmen, tiga pemain dram, enam pemain gitar dan tiga pemain bes berada di atas pentas dalam satu masa. Itu sendiri sudah cukup ‘gila’ dan mungkin sukar disaksikan dalam konsert lain

KUMPULAN XPDC yang ditemui pada sidang media Konsert 3 Veto, semalam. Sejarah industri muzik rock tanah air bakal tercipta apabila tiga kumpulan gergasi, Search, Wings dan XPDC akan berkongsi satu pentas buat pertama kali menerusi Konsert 3 Veto di Megastar Arena di sini, pada 1 Ogos depan. Foto Bernama.

Beliau berkata selain susunan muzik baharu bagi lagu ikonik seperti Sejati, Isabella dan Titian Perjalanan tanpa menjejaskan keasliannya, penggunaan teknologi audio visual serta pencahayaan pemetaan projeksi dijangka memberikan dimensi baharu kepada konsert tersebut.

Sementara itu, vokalis Wings, Datuk Awie berkata Konsert 3 Veto bukan sekadar persembahan muzik, sebaliknya menjadi lambang penyatuan jiwa seni yang telah berkembang dalam industri muzik tempatan sejak puluhan tahun lalu.

Katanya peluang bergabung dengan Search dan XPDC memberi makna besar kerana setiap kumpulan mempunyai sejarah, pengaruh dan kelompok peminat tersendiri yang setia mengikuti perjalanan seni mereka hingga kini.

“Peminat bukan sahaja akan menikmati persembahan, tetapi turut diharap dapat merasai semula semangat dan emosi yang pernah membesarkan mereka bersama muzik kami suatu ketika dahulu,” katanya.

Tiket Konsert 3 Veto berharga RM189 hingga RM1,500 boleh didapati menerusi platform UberTickets. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Conan O’Brien hos Oscar 2027 buat kali ketiga berturut-turut
Next: Pengedar dadah dihukum penjara dua tahun atas kematian Matthew Perry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.