Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SDEC, TikTok Malaysia kerjasama perkasa pencipta kandungan tempatan
  • TEMPATAN

SDEC, TikTok Malaysia kerjasama perkasa pencipta kandungan tempatan

Utusan Sarawak 2 years ago
UNTUK ALBUM… Peserta yang menyertai Program TikTok Malaysia anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) selaku tuan rumah mengambil peluang merakam gambar bersama selepas sesi pertemuan dengan agensi tempatan yang diadakan 9 hingga 11 Julai lalu.

KUCHING: Program Bootcamp TikTok akan diadakan di Kuching, Sibu dan Miri dari 15 hingga 21 Julai ini.

Ini susulan sambutan memberangsangkan daripada peserta pada Program TikTok Malaysia anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) selaku tuan rumah yang diadakan 9 hingga 11 Julai lalu.

Pengurus Jabatan Inovasi dan Keusahawanan SDEC Khairool Adzelan berkata, SDEC dan TikTok Malaysia kekal komited untuk memupuk ekosistem kerjasama, kreativiti dan ekonomi pemerkasaan khususnya untuk kepentingan rakyat Sarawak.

“Sejak Januari lalu, kedua-dua pihak telah menjalankan enam program berkaitan TikTok di Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Kapit dan Lawas.   

“Program didorong oleh Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani baru-baru ini antara kedua-dua pihak bertujuan berkongsi idea, menempa dan meneroka kerjasama yang inovatif,” katanya.

Menurut Khairool Adzelan, Program TikTok Malaysia baru-baru ini telah dihadiri seramai 135 individu terdiri daripada pencipta kandungan, wakil daripada agensi dan industri profesional setempat.

“Lawatan itu melangkaui rangkaian kerana pasukan TikTok turut mengadakan lawatan kebudayaan ke Kampung Budaya Sarawak (SCV) dan menghadiri sidang media untuk Festival Menuai Sarawak dan Cerita Rakyat 2023 dihoskan oleh SCV,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SDEC pada masa sama berharap lawatan itu membuka peluang dan membentuk laluan ke arah kerjasama lebih baik pada masa depan.

Untuk maklumat lanjut tentang SDEC, layari sdec.com.my atau ikuti Facebooknya, Akaun Instagram, LinkedIn atau Twitter.

Continue Reading

Previous: Tiga bahagian alami gangguan bekalan air
Next: Fokus empat halatuju sasar Bandaraya Rendah Karbon menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.