Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SBAS 2025 bukan sekadar medan persaingan
  • TEMPATAN

SBAS 2025 bukan sekadar medan persaingan

Utusan Sarawak 3 months ago
CENDERAMATA… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika menerima cenderamata pada perasmian Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) Edisi Ke-4 2025 di Dewan Akademi Kastam Diraja Malaysia Kuching.

KUCHING: Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) Edisi Ke-4 2025 bukan sekadar medan persaingan, tetapi juga platform penting bagi peserta untuk melangkah ke peringkat kebangsaan mewakili negeri.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, SBAS yang berlangsung hari ini hingga Khamis, diadakan setiap dua tahun sebagai medan pemilihan peserta bagi mewakili agensi bekalan air di Sarawak ke kejohanan Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) yang dijadualkan berlangsung di Selangor pada Ogos depan.

TUNJUK SKIL… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menunjukkan skil bermain karom.

“Pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) sudah tentu memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran sukan seperti ini kerana ia membawa banyak manfaat kepada kita.

“Untuk penyertaan di SBAM yang akan berlangsung pada Ogos di Selangor, kementerian akan memberikan sokongan penuh kepada kontinjen yang mewakili kita.

“Saya menyarankan agar pasukan yang terpilih kelak membuat persiapan awal dan berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan ke Selangor.

“Diharapkan ia bukan sahaja menjadi kebanggaan bagi sektor perkhidmatan air, tetapi juga kebanggaan seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

UNTUK ALBUM… Antara peserta menyertai Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) Edisi Ke-4 2025.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian SBAS Edisi Ke-4 yang dianjur Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) selaku tuan rumah di Dewan Akademi Kastam Diraja Malaysia Kuching di sini, hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 11 acara sukan akan dipertandingkan dengan penyertaan 433 atlet dari MUT, JBALB, Lembaga Air Kuching (LAK), Lembaga Air Sibu (LAS), serta Sarawak Water Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai LAKU Management Sdn Bhd).

Acara sukan yang dipertandingkan termasuk bola sepak, bola jaring, bola tampar, futsal, karom, damak, boling, badminton, ping pong, tarik tali, serta golf (jemputan).

Majlis Penutupan SBAS akan disempurnakan oleh Menteri MUT Dato Sri Julaihi Narawi pada 20 Februari kelak.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mahu bekerja antara punca calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan
Next: Sumber rezeki musnah sebab banjir, pencinta haiwan Daddy Bella bingkas semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.