Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan
  • TEMPATAN

Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media perkembangan Covid-19 Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, di Kuching, semalam.

KUCHING: Semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak akan menjalani saringan wajib di pintu masuk utama Sarawak dan penguatkuasaan ini dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi Kuching mereka akan disaring dipintu masuk utama, manakala di Bintulu, Miri dan Sibu mereka akan disaring di hotel.

“Manakala bagi perkhidmatan penting seperti penjawat awam dan juga sektor perniagaan, mereka boleh memohon pengecualian kuarantin melalui (enterSarawak).

“Ia hanya dibenarkan sekiranya perjalanan mereka dianggap sebagai perkhidmatan penting dan urusan rasmi atau membawa surat kebenaran daripada ketua jabatan dan majikan masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) berkata demikian pada sidang media perkembangan Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini, semalam.

Sementara itu, Uggah turut mengumumkan bahawa pengurangan jumlah penerbangan ke sarawak yang telah diumumkan pada 1 Ogos lalu dikekalkan sehingga 31 Ogos 2020.

“Manakala semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak yang destinasi terakhir mereka di kawasan pedalaman dan jauh dari Klinik Kesihatan yang menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel Covid-19, dilanjutkan kuarantin di hotel sehingga 31 Ogos 2020.

“Mereka akan dibenarkan balik ke rumah masing-masing sekiranya keputusan ujian adalah negatif.

“Selain itu, semua penumpang yang balik dari kawasan merah akan dikuarantin di hotel terlebih dahulu sebelum dibenarkan balik ke rumah masing-masing,” jelasnya.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Surau baharu untuk masyarakat Islam Darul Hana
Next: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.