Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak teroka strategi perancangan bandar Oslo untuk pembangunan Kapit
  • SEMASA

Sarawak teroka strategi perancangan bandar Oslo untuk pembangunan Kapit

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Delegasi Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri taklimat bersama kerajaan bandar Oslo di Norway, semalam.

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan taklimat itu bertujuan mendapatkan pandangan berharga tentang perancangan bandar mampan untuk membantu memperhalusi Pelan Induk Kapit.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berkata delegasi itu meneroka perancangan infrastruktur dan strategi pembangunan bandar yang boleh dijadikan penanda aras utama bagi pembangunan Kapit.

“Oslo dipilih kerana pendekatan inovatifnya dalam perancangan bandar, pengezonan dan projek infrastruktur, yang boleh menjadi penanda aras berharga bagi pembangunan Kapit,” katanya.

Semasa sesi itu, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni membentangkan Pelan Induk Kapit, dengan menonjolkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar, daya saing ekonomi dan warisan budaya.

Sementara itu, Penasihat Politik kepada Naib Datuk Bandar Oslo untuk Pembangunan Bandar Ingeborg Tennes berkongsi visi Oslo untuk menjadi sebuah bandar yang berdaya tahan, keterhubungan dan hijau.

Penasihat Perancangan Peter Austin pula memberikan pandangan mengenai pengintegrasian pengangkutan awam, alat perancangan digital dan infrastruktur yang menyesuaikan diri dengan iklim untuk menyokong pertumbuhan bandar yang mampan.

Menurut RECODA, pertukaran pengetahuan itu mengukuhkan visi Sarawak untuk pembangunan luar bandar yang mampan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia – Bahrain sedang dibincang
Next: Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Panas diadakan 5 Mac depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.