Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak tawar pendidikan kewangan, perakaunan percuma bermula 2026
  • SEMASA

Sarawak tawar pendidikan kewangan, perakaunan percuma bermula 2026

Utusan Sarawak 5 months ago
PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sijil kepafa ahli baharu ‘Association of Chartered Certified Accountants’ (ACCA), Zafirah Raihan Ahmad Lukman pada majlis Malaysia Stakeholders Appreciation Reception, malam tadi. FotoBERNAMA

KUCHING: Pengajian Kewangan dan Perakaunan antara disiplin penting yang akan ditawarkan di bawah dasar pendidikan tinggi percuma di kesemua universiti milik Sarawak bermula 2026, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Beliau berkata, kedua-dua bidang itu penting bagi mengurus dan mengaudit aspek kewangan ekonomi hijau Sarawak yang sedang berkembang, terutamanya dalam bidang seperti perdagangan karbon dan kelestarian persekitaran.

“Selagi anda layak, anda dapat pendidikan percuma untuk belajar kewangan dan perakaunan kerana kami perlukan anda untuk mengaudit karbon kita, kami perlukan anda untuk mengira karbon, kami juga perlukan anda untuk mengira sesuatu yang tidak ketara. Dalam erti kata lain, itu akan menjadi disiplin yang berasaskan standard antarabangsa,” katanya.

Bercakap pada Majlis Pemegang Taruh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia diadakan di sini malam tadi, beliau berkata, akauntan memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan dan penilaian yang betul dalam sektor baharu itu.

“Satu portfolio tambahan kepada para akauntan ialah kelestarian. Anda tidak lagi bercakap mengenai pendapatan bersih (bottom lines) tetap anda bercakap tentang suatu portfolio baharu,” katanya sambil menambah tanggungjawab akauntan telah berkembang secara signifikan berfokuskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Op Khas: 828,358 kenderaan diperiksa, 65 pemandu positif dadah, jumlah saman dikeluarkan 19,388
Next: Tun Wan Junaidi dilantik secara rasmi Canselor Kedua UTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.