Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sokong usaha DBP pelbagai program bahasa, sastera
  • TEMPATAN

Sarawak sokong usaha DBP pelbagai program bahasa, sastera

Utusan Sarawak 7 months ago

TAHNIAH... Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan hadiah kepada para pemenang sempena Bulan Bahasa Kebangsaan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024. Foto DBP

PETRA JAYA: Pelaksanaan program Bulan bahasa Kebangsaan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan berperanan penting menanam semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia berfungsi sebagai medium memartabat dan mengembangkan penguasaan bahasa kebangsaan dan sastera kebangsaan di Sarawak.

”Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan pelbagai gerakan kebahasaan dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

”Justeru, kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha ini dengan menyediakan sejumlah peruntukan kepada DBP bagi melaksanakan pelbagai program kebahasaan, kesusasteraan.

”Ini termasuk kajian berkaitan bahasa sukuan, kebudayaan, sastera lisan dan sejarah Sarawak serta penerbitan khas berkaitan dengan kearifan tempatan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Abdul Karim berharap Dewan Bahasa dan Pustaka dapat melipatgandakan usaha menerbitkan buku serta penyelidikan tentang bahasa sukuan, sastera etnik dan budaya di negeri ini.

Jelasnya, penerbitan bahan ilmiah berkaitan dengan keunggulan kearifan tempatan juga akan menarik minat lebih ramai lagi pengkaji dalam dan luar negara untuk melakukan kajian rinci tentang budaya, bahasa dan sastera masyarakat setempat. 

”Kita berharap dengan ada banyak hasil penulisan dan kajian tentang budaya, adat istiadat, dan sastera setempat akan mampu memperlihatkan ketinggian akal budi masyarakat kita.

”Hasil daripada kajian ilmiah yang dibukukan ini akan memperlihatkan nilai-nilai falsafah nenek moyang kita dahulu.

”Selain itu, generasi muda boleh mengambil inisiatif dengan menginovasi ilmu-ilmu tersebut sesuai dengan era digital masa ini,” tambahnya.

Pada majlis sama, Abdul Karim turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori meliputi pertandingan Pantas Jawi, Sayembara Bicara Berirama Piala Premier Sarawak dan Sayembara DEKON (Deklamasi dan Lakon) Piala Premier Sarawak.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, 

Safiee Ahmad merangkap ADUN Daro dan Dato Dr. Jeniri Amir serta Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: MPOB, M-FICORD Sarawak anjur program pemindahan teknologi sawit 14 Okt
Next: Bas pintar percuma bantu golongan B40

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.