Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
  • TEMPATAN

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Ke-33 Majlis Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC) di Dewan Undangan Negeri Sarawak malam ini. Foto BERNAMA

PETRA JAYA: Di sebalik cabaran ekonomi global, Sarawak memperkukuh komitmen terhadap nilai teras ASEAN dengan menyeru kerjasama serantau lebih kukuh yang berteraskan kemampanan dan keterangkuman.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata negeri itu berada pada kedudukan sebagai rakan serantau yang komited, selaras dengan tema ASEAN 2025 ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ sebagai pelan induk untuk berdaya tahan.

“Kita sehaluan dengan ASEAN dan secara aktif menyumbang kepada rantau ini, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

“Semasa tempoh ketegangan perdagangan global, kita perlu terus mara bersama-sama untuk menjamin kemakmuran bersama sambil mempromosikan kemampanan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam gala Mesyuarat Majlis Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC) ke-33 di sini malam ini.

Abdul Karim berkata pendekatan Sarawak yang berakar dalam inisiatif ekonomi hijau, komitmen terhadap hak masyarakat peribumi dan strategi pembangunan inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat tempatan, tetapi juga kepada rantau ini secara keseluruhan.

Sementara itu, beliau berkata negara ASEAN menyumbang kepada jumlah ketibaan pelancong tertinggi ke Sarawak, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2.6 juta orang atau lebih 55 peratus yang dicatatkan pada 2024.

“Setakat Mac tahun ini, Sarawak merekodkan ketibaan 581,775 pelawat dari negara ASEAN, dengan Brunei Darussalam dan Indonesia merupakan penyumbang utama, masing-masing sebanyak 67 peratus dan 28 peratus,” katanya.

Turut hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing serta Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Mesyuarat ASCC yang berlangsung dari 22 hingga 26 April di Kuching merupakan mesyuarat peringkat menteri yang dianjurkan dua kali setahun untuk membincangkan isu utama sosiobudaya di seluruh rantau ASEAN.

Mesyuarat dihadiri wakil dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Festival Gastronomi Nyamai Sarawak kembali dengan skala lebih besar
Next: Iman jadi kompas: Polis Sarawak raikan Hari Polis ke-218 dengan ibadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.