PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak berhasrat meningkatkan kerjasama dengan Singapura dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Tenaga Kerja Singapura, Dr Tan See Leng berkata, keutamaan adalah mengenai tenaga boleh diperbaharui serta kerjasama antara Malaysia dan Singapura, khususnya Sarawak yang diberkati dengan sumber asli yang kaya.
“Ini adalah salah satu agenda yang dibincangkan dan sudah tentu kita melihat bagaimana meningkatkan kerjasama dari segi pelancongan serta perdagangan antara Sarawak dan Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Tan juga berharap perdagangan dua hala antara Sarawak dan Singapura akan terus berkembang serta ketersambungan pelancongan dan kerjasama import tenaga turut boleh diperbaharui.
Terdahulu, beliau telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak.
Foto UKAS