Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak sasar tahap sara diri sebanyak 60 peratus menjelang tahun 2030
  • Utara
  • WILAYAH

Sarawak sasar tahap sara diri sebanyak 60 peratus menjelang tahun 2030

Utusan Sarawak 4 hours ago
AGRO FEST LIMBANG...Dr Abdul Rahman pada Pembukaan Agro Fest Limbang 2026 yang turut mendapat sambutan meriah.  

LIMBANG: Kerajaan Sarawak menetapkan sasaran untuk mencapai tahap sara diri sebanyak 60 peratus menjelang tahun 2030, bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan beras dari luar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pada tahun 2024, Sarawak hanya mencatatkan tahap sara diri sebanyak 21 peratus bagi pengeluaran beras, dengan jumlah pengeluaran sekitar 51,000 tan metrik.

AGRO FEST LIMBANG...Dr Abdul Rahman pada Pembukaan Agro Fest Limbang 2026 yang turut mendapat sambutan meriah.  

Justeru katanya, bagi menampung keperluan domestik, Sarawak ketika ini masih bergantung kepada import lebih daripada 194,000 tan metrik beras, dengan nilai mencecah lebih RM585 juta. 

“Dalam usaha menangani cabaran dalam sub-sektor padi, Kerajaan Sarawak melalui kementerian saya telah menggariskan pendekatan pembangunan secara komersial dan berskala besar.

Antara inisiatif utama termasuk pelaksanaan model Design, Build, Operate and Transfer (DBOT), pewartaan tanah Kerajaan untuk pembangunan tanaman padi, pemodenan sistem pengairan dan saliran, serta pengukuhan kerjasama strategik bersama pihak swasta.

“Pendekatan ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman padi dilaksanakan secara lebih sistematik, mampan dan berproduktiviti tinggi, ” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada    Pembukaan Sarawak Agrofest Limbang 2026  di Perkarangan LOT 777, Limbang hari ini.

AGRO FEST LIMBANG...Dr Abdul Rahman pada Pembukaan Agro Fest Limbang 2026 yang turut mendapat sambutan meriah.  

Katanya,  kawasan Lembah Limbang  telah dikenalpasti sebagai antara projek strategik yang melibatkan pembangunan lebih daripada 3,000 hektar tanah meliputi tanah Kerajaan dan tanah NCR khusus untuk penanaman padi.

Kata beliau, kerja-kerja awalan bagi pembangunan kawasan ini telahpun dimulakan pada tahun ini, manakala pembangunan infrastruktur lengkap dijangka akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Projek Limbang Valley ini katanya turut melibatkan kerjasama strategik antara syarikat peneraju dan pesawah sedia ada, dengan penekanan kepada penggunaan sistem penanaman yang lebih moden, tersusun dan berasaskan teknologi, termasuk penggunaan varieti benih padi berhasil tinggi.

Inisiatif ini jelasnya mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memperkasa sektor agromakanan, khususnya dalam subsektor padi, ke arah keterjaminan makanan, meningkatkan pendapatan pesawah, serta memperkukuh daya tahan sektor pertanian Sarawak secara keseluruhan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang ketika mencari ikan ditemui selamat oleh SAR
Next: RM900,000 naik taraf Pasar Malam Saberkas, Tamu Muhibbah, Pasar Terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.