Warga emas hilang ketika mencari ikan ditemui selamat oleh SAR

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SELAMAT… Superintenden Parum dan pasukan SAR bersama dengan Bujang Nyanau yang dilaporkan hilang di kawasan Sungai Pinang, Bukit Sagan, Limbang pada pagi Rabu.

LIMBANG: Seorang lelaki ditemui selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika keluar mencari ikan bersama isterinya di kawasan Sungai Pinang, Bukit Sagan, Limbang pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, mangsa, Bujang Nyanau, 77 tahun, ditemui dalam keadaan keletihan di kawasan hutan pada pukul 3.40 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut beliau, pasukan SAR telah berjaya menghubungi mangsa melalui telefon bimbitnya, namun mangsa tidak mengetahui cara untuk menghantar lokasi.

“Mangsa hanya memberitahu bahawa dia ternampak menara dari jarak jauh. Panggilan telefon kemudian terputus disyaki kehabisan bateri sebelum mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Susulan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan pada 5.20 petang semalam.

Oleh Adeng Edrus