Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Utara
  • RM900,000 naik taraf Pasar Malam Saberkas, Tamu Muhibbah, Pasar Terbuka
  • Utara

RM900,000 naik taraf Pasar Malam Saberkas, Tamu Muhibbah, Pasar Terbuka

Utusan Sarawak 5 hours ago
TURUN PADANG… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man semasa turun padang meninjau keperluan naik taraf infrastruktur tiga premis komuniti dan pelancongan utama di bandar raya MIRI iaitu Pasar Malam Saberkas, Tamu Muhibbah dan Pasar Terbuka.

MIRI: Sebanyak RM900,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf infrastruktur tiga premis komuniti dan pelancongan utama di bandar raya ini iaitu Pasar Malam Saberkas, Tamu Muhibbah dan Pasar Terbuka.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, peruntukan di bawah Belanjawan Malaysia 2026 itu bertujuan memastikan ketiga-tiga lokasi berkenaan terus kekal berfungsi, selamat dan menarik kepada orang ramai serta pelancong.

Menurut beliau, setiap lokasi menerima RM300,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Pasar Malam Saberkas, Tamu Muhibbah dan Pasar Terbuka merupakan ruang penting bagi komuniti berkumpul serta pusat perniagaan tempatan.

“Ia bukan sahaja menyediakan peluang ekonomi kepada penduduk, malah menjadi platform mempromosikan produk tempatan Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chiew yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, penambahbaikan infrastruktur akan menjadikan premis tersebut lebih selesa, teratur dan mampan untuk kegunaan jangka panjang.

TURUN PADANG… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man semasa turun padang meninjau keperluan naik taraf infrastruktur tiga premis komuniti dan pelancongan utama di bandar raya MIRI iaitu Pasar Malam Saberkas, Tamu Muhibbah dan Pasar Terbuka.

Tambahnya, ketiga-tiga lokasi itu turut memainkan peranan sebagai tarikan pelancongan, dengan Pasar Malam Saberkas terkenal sebagai pasar malam yang menawarkan pelbagai makanan tempatan, Tamu Muhibbah sebagai pusat produk komuniti, manakala Pasar Terbuka menjadi lokasi utama makanan tradisional dan keperluan harian.

Chiew turut berkongsi bahawa beliau mempunyai hubungan peribadi dengan lokasi berkenaan sejak kecil, khususnya Pasar Terbuka yang pernah menjadi tempat arwahneneknya berniaga bagi menyara keluarga.

“Sepanjang menjadi Ahli Parlimen, saya kerap turun padang dan berinteraksi dengan peniaga serta pengunjung. Saya sendiri melihat keperluan naik taraf dan membawa perkara ini kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk mendapatkan peruntukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada KUSKOP atas kelulusan peruntukan tersebut serta kepada Majlis Bandaraya Miri yang akan menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Pemantauan akan dilakukan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan efisien,” katanya.

Beliau berharap usaha berkenaan dapat memastikan premis komuniti dan pelancongan di Miri terus aktif, terpelihara serta memberi manfaat kepada penduduk dan pengunjung.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar tahap sara diri sebanyak 60 peratus menjelang tahun 2030
Next: Warga emas hilang misteri di kebun, kenderaan ditemui tanpa kelibat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.