Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak peruntuk RM22 juta kepada sekolah bantuan Cina
  • SEMASA

Sarawak peruntuk RM22 juta kepada sekolah bantuan Cina

Utusan Sarawak 7 months ago
DATUK Amar Dr. Sim Kui Hian menyerahkan cek kepada wakil penerima dan disaksikan oleh Premier Sarawak serta tetamu kehormat lain. FotoUKAS

KUCHING: Sarawak memperuntukkan RM12 juta kepada Sekolah Rendah Bantuan Cina dan RM10 juta untuk Sekolah Menengah Bantuan Cina di negeri itu tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan kepada Sekolah Rendah Bantuan Cina itu meningkat sebanyak RM3 juta berbanding RM9 juta pada tahun lepas.

“Tahun ini, peruntukan telah dinaikkan daripada RM9 juta kepada RM12 juta bagi membantu sekolah rendah bantuan Cina.

“Di samping itu, RM10 juta lagi diperuntukkan kepada sekolah menengah dan semua aspek ini diambil kira demi masa depan anak-anak kita,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.

Menurut kenyataan itu, Abang Johari berkata demikian berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-40 Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata, Sarawak juga akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi membolehkan pelajar sekolah Cina melanjutkan pelajaran di universiti milik Sarawak pada 2026.

“Menjelang 2026, pelajar UEC akan layak untuk melanjutkan pelajaran di universiti negeri Sarawak dalam bidang-bidang penting seperti teknologi satelit, aeroangkasa dan pendidikan ini akan diberikan secara percuma,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kementerian Luar laksana proses evakuasi 15 rakyat Malaysia dari Lubnan
Next: Pasukan Pickleball ‘Croc Can Dinks’ sokong literasi kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.