Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak perlu urus politik dengan baik untuk kecapi masa depan lebih cerah – Abang Jo
  • WILAYAH

Sarawak perlu urus politik dengan baik untuk kecapi masa depan lebih cerah – Abang Jo

Utusan Sarawak 1 year ago

SIBU: Sarawak perlu mengurus dan memastikan kestabilan politik berterusan di negeri itu bagi membolehkannya mengecapi masa depan yang lebih cerah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan segala pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri seperti tenaga boleh diperbaharui, Sarawak mempunyai masa depan yang sangat cerah.

“Ada mengatakan bahawa Sarawak adalah peneraju di Malaysia. Bahawa kita memutuskan apa yang berlaku di dalam negara.

“Kita sangat merendah diri. Apa yang kita mahu adalah kestabilan, kerajaan yang kukuh, dan fokus kepada keperluan rakyat supaya Sarawak akan menjadi negeri maju menjelang 2030. Kita perlu menguruskannya dengan betul,” katanya semasa perhimpunan Tahun Baharu Cina Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu, malam tadi.

Abang Johari juga berkata, negeri itu akan dapat meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan aktiviti perniagaannya memandangkan rundingan mengenai kepentingan kerajaan Sarawak dalam Affin Bank Bhd (Affin Bank) dijangka selesai tidak lama lagi.

“Bank ini (Affin) akan menjadi bank yang meningkatkan PKS kita. Kita mahu menjadikan PKS kita sangat aktif dan mengambil bahagian dalam ekonomi yang berkembang (di Sarawak),” katanya.

Menjangkakan rundingan itu akan dimuktamad dalam tempoh dua bulan, Premier Sarawak itu berkata, beliau hanya akan mendedahkan struktur pemilikan bank pada masa yang sesuai.

Abang Johari juga mengumumkan bahawa peruntukan yang besar telah disediakan untuk membangunkan Sibu, menjadikannya sebuah bandar pintar.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mendedahkan jumlah itu kerana teras utama pembangunan masih belum dimuktamadkan.

“Tetapi saya boleh memberi jaminan bahawa banyak wang akan diberikan kepada Sibu.

“Oleh itu, kita dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bekerja keras untuk meningkatkan hasil kami dan memberikannya kepada Sibu untuk memulihkannya,” katanya sambil menambah bahawa pembangunan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun. – Bernama

Continue Reading

Previous: SFC dalam proses tambah baik sistem aktiviti berkaitan termasuk lesen buru buaya
Next: SUPP perjuangkan rakyat, kepentingan Sarawak sejak penubuhan pada 1959  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.