Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkasa pertanian moden
  • TEMPATAN

Sarawak perkasa pertanian moden

Utusan Sarawak 3 years ago
SIDANG MEDIA … Datu Len Talif Salleh ditemubual pemberita selepas merasmikan Program AgriCOP di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Seberang, Rabu lalu.

SARIKEI: Pelbagai program dan kursus dalam sektor pertanian dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang bagi memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri dari golongan keluarga tani.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, melalui program dan kursus ini, peserta diberikan pendedahan secara langsung berkenaan teknologi pertanian yang terkini.

“Kerajaan Sarawak memperkasakan pertanian moden, bermakna kursus-kursus seperti ini adalah penting untuk mereka (peserta kursus) memahami dari segi proses awal sampai ke proses pemasaran produk.

“Setiap sektor dalam pertanian ini haruslah diberi perhatian. Kita tidak mahu sebarang ‘weak link’ akan menjejaskan keberkesanan dalam program seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pemberita selepas merasmikan program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Seberang, Rabu lalu.

Tambahnya, program AgriCOP yang dijalankan Rabu lalu merupakan program AgriCOP terakhir dilaksanakan bagi DUN Kuala Rajang untuk tahun ini.

“Jadi kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan begitu juga kerajaan di peringkat persekutuan kerana menyalurkan peruntukan yang banyak untuk sektor pertanian,” ujarnya.

Turut hadir ialah Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei, Rainy Yaman dan Temenggong Awang Ibrahim Awang Hosain.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Simanggang pesat membangun
Next: PM BERI JAMINAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.