Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak negeri pertama Ikrar Integriti
  • TEMPATAN

Sarawak negeri pertama Ikrar Integriti

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGHARGAAN… Datuk Talib menerima cenderamata sebagai kenangan.

BINTULU: Sarawak merupakan negeri pertama yang mengambil langkah menandatangani Ikrar Integriti iaitu pada 15 Januari 2015 lalu.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berkata, langkah itu telah dimulakan oleh mantan Ketua Menteri Allahyarham, Pehin Sri Adenan Satem.

“Selepas itu, usaha ini diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memimpin barisan Kabinet Negeri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah pada 25 Januari 2017 iaitu dua minggu selepas beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap dalam Jelajah Integriti: Pemimpin Bersama Masyarakat di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini.

Talip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak berkata, integriti merupakan sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan terpengaruh serta boleh dipercayai.

“Amat penting bagi seseorang pemimpin mempunyai integriti tinggi supaya pembangunan di sesuatu kawasan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Justeru, beliau menggesa semua pihak supaya bersama memikul tugasan dan tanggungjawab untuk membangun negara melalui integriti dan tadbir urus yang baik.

“Semakin tinggi integriti, semakin rendah kadar rasuah”

“Apabila kadar rasuah rendah, tahap kemajuan pembangunan semakin meningkat,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Adana Jed, Timbalan Residen Bintulu merangkap Pegawai Integriti Bertauliah Hussaini Hakim, wakil Pegawai Daerah Bintulu, Latipah dan Temenggong Rosli Kamaruddin.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Mencari sinar bagi gelandangan
Next: Abang Jo bermesra dengan penduduk Telaga Air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.