Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak kekal kukuh, GPS terus bela kebajikan rakyat walau ekonomi global mencabar
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak kekal kukuh, GPS terus bela kebajikan rakyat walau ekonomi global mencabar

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie semasa menghadiri Majlis Santai: Prihatin Menyantuni Rakyat yang diadakan di Rumah Edwin, Sungai Indai Atas, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

​PANTU: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen jitu dalam menjaga kebajikan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif bantuan langsung walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global yang mencabar pada masa kini.

​Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menegaskan bahawa rakyat Sarawak amat bertuah kerana memiliki pentadbiran yang mempunyai visi jelas serta kedudukan kewangan yang kukuh bagi membantu meringankan beban kos sara hidup di peringkat akar umbi.

​Menurut beliau, kekuatan rizab kewangan dan peningkatan hasil negeri membolehkan kerajaan menyalurkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada hampir 900,000 penerima yang layak di seluruh pelosok bumi Kenyalang.

​”Kita harus bersyukur mempunyai kepimpinan dan kerajaan GPS yang berpandangan jauh dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat serta Sarawak hingga kita mampu bertahan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang sangat mencabar,” katanya.

​Selain bantuan tunai, Doris turut menyentuh mengenai keistimewaan yang dinikmati rakyat Sarawak melalui pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara konsisten.

​Jelas beliau, kemampuan ini berpunca daripada sumber tenaga hidro Sarawak yang stabil dan mencukupi, sekali gus memastikan tarif elektrik di negeri ini tidak terdedah kepada lonjakan harga tenaga global yang sering tidak menentu.

​Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Santai: Prihatin Menyantuni Rakyat yang diadakan di Rumah Edwin, Sungai Indai Atas, dekat sini kelmarin yang bertujuan merapatkan ukhuwah antara pemimpin dan masyarakat setempat.

​Program tersebut turut mendapat sokongan padu daripada kepimpinan tempatan dengan kehadiran wakil dari Pejabat Daerah Pantu, Penghulu Jeli serta seramai 27 tuai rumah dari sekitar kawasan Kedumpai.

​Kehadiran ramai pemimpin masyarakat itu membuktikan sokongan padu terhadap usaha kerajaan dalam memastikan setiap bantuan yang diumumkan sampai kepada golongan sasar demi kelestarian hidup rakyat di kawasan luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Loji rawatan air Nibong Tada siap awal, perkukuh bekalan air luar bandar
Next: Kecekapan JBPM Zon 4 Sibu terbukti, respon pantas selamatkan nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.