Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kaji model Scotland-UK untuk rangka mekanisme agihan hasil karbon
  • SEMASA

Sarawak kaji model Scotland-UK untuk rangka mekanisme agihan hasil karbon

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti model hubungan antara Scotland dan United Kingdom (UK) sebagai rujukan dalam merangka mekanisme pengagihan hasil levi karbon serta kuasa pengawalseliaan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata perkara itu penting bagi memastikan Sarawak memperoleh pulangan yang adil daripada sumber asli negeri, termasuk dalam sektor baharu seperti sistem pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) yang dibangunkan di negeri itu.

“Persoalan utama ialah bagaimana levi karbon diagih antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di London pada Jumaat.

Beliau dipetik berkata demikian semasa sesi Fireside Chat: Sarawak’s Global Vision: Sustainability, Innovation & Strategic Partnerships sempena Forum Sarawak Connect London 2025 yang dikendalikan Pengerusi Majlis Keusahawanan dan Pelaburan Komanwel UK Lord Jonathan Marland.

Menurut Abang Johari,  Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam membangunkan industri karbon mampan menerusi pelaksanaan undang-undang pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Beliau berkata Sarawak juga tidak mahu menjadi pengeksport bahan mentah semata-mata dalam menguruskan sumber aslinya dan sebaliknya mahu mewujudkan rantaian nilai lengkap daripada peringkat huluan hingga hiliran.

Bagi mencapai matlamat ini, katanya, Sarawak menjalinkan kerjasama dengan agensi antarabangsa dan pelabur yang memiliki kepakaran serta teknologi seperti dari Korea Selatan, Jepun dan China.

Selain itu, Sarawak juga terus meninjau potensi kerjasama dengan negara-negara Eropah bagi meluaskan rangkaian pelaburan yang seimbang di peringkat global.

“Kita ingin mengaktifkan dasar dan aktiviti ekonomi berasaskan kekuatan kita sendiri dan saya yakin pendekatan ini sedang membuahkan hasil,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lapangan Terbang Lawas ditutup
Next: KPDN pantu ketat harga dan bekalan telur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.