Sarawak, Jepun tingkat kerjasama dalam bidang pendidikan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DUTA Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata (tujuh dari kanan) mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (lapan dari kiri) di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto Ukas

PETRA JAYA: Jepun dan Sarawak bakal mempertingkatkan kerjasama dua hala khususnya dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan serta industri teknologi baharu, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata.

Beliau berkata perkara berkenaan antara dibincangkan pada kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi di sini hari ini.

“Abang Johari turut menyatakan mesej yang jelas dan memberangsangkan kepada komuniti perniagaan Jepun, di samping mengalu-alukan lebih banyak pelaburan ke Sarawak. Kami berharap dapat kembali ke negeri ini dan mempertingkatkan kolaborasi meliputi bidang pendidikan dari peringkat prasekolah hingga ke universiti.

ABANG Johari (kanan) menerima kunjungan hormat Noriyuki Shikata di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya. Foto Ukas

“Menerusi usaha ini, kami berhasrat untuk membantu pembangunan bakat yang bersedia menghadapi masa hadapan dan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat Sarawak dalam industri baharu serta model ekonomi baharu,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat itu.

Shikata berkata syarikat Jepun, Toybox Creations and Technologies (TOY EIGHT) telah menjalin kerjasama dengan prasekolah SeDidik untuk melaksanakan saringan perkembangan kognitif kanak-kanak berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kerjasama baharu dengan TOY EIGHT ini berpotensi menjadi model kukuh yang bukan sahaja untuk Jepun, tetapi juga negara Asia Tenggara lain serta komuniti global secara lebih meluas,” katanya.- Bernama

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan