Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak, Jepun kerjasama hasilkan tekstil angkasawan
  • SEMASA

Sarawak, Jepun kerjasama hasilkan tekstil angkasawan

Utusan Sarawak 4 months ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menjawab soalan semasa sesi Townhall Lapan Tahun Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, malam tadi. Foto UNIT KOMUNIKASI AWAM SARAWAK

KUCHING: Sarawak mahu meluaskan langkah dalam bidang aeroangkasa menerusi  kerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo, Jepun untuk menghasilkan tekstil yang akan digunakan angkasawan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam pembuatan tekstil itu, menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.

“Kita mengutamakan karbon rendah dalam proses penghasilan tekstil daripada gas cecair yang digunakan oleh angkasawan.

“Pada masa ini, kita bekerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo untuk menghasilkan bahan karbon rendah yang berasaskan bahan kimia bagi mewujudkan tekstil berkenaan. Mungkin suatu hari nanti akan ada pakaian angkasawan ‘made in Sarawak’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi Townhall Lapan Tahun Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di sini, malam tadi.

Dalam sesi itu, Abang Johari turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak ‘Norway of the East’ dengan memiliki ekonomi stabil dan berkemampuan menguruskan sumber dengan cekap.

Beliau berkata Norway mempunyai kekuatan serupa dengan Sarawak iaitu dari segi minyak dan gas, selain itu negara Scandinavian berkenaan unggul dalam sumber tenaga bersih serta berteknologi tinggi.

“Jika ada masalah ekonomi di Eropah, Norway tidak akan terjejas kerana mereka sudah dapat menguruskan sumber. Sebab itu saya rancang Sarawak jadi ‘Norway of the East’,” katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau berkata Sarawak perlu bergerak pantas dan bekerja keras bagi memastikan  negeri itu mencapai tahap tertinggi.

“Kita perlu berusaha mencapai matlamat itu dan bekerja keras. Oleh itu, saya cari jalan untuk meneruskan usaha dalam semua bidang (seperti pendidikan dan kejuruteraan),” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Terserah kepada pemimpin muda untuk meneruskan dasar selepas PCDS 2030 
Next: Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.