Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak jadi platform global bincang kerahsiaan data, kepercayaan digital
  • TEMPATAN

Sarawak jadi platform global bincang kerahsiaan data, kepercayaan digital

Utusan Sarawak 2 hours ago
PROTECT Sarawak 2026 dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 April ini.

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan perbincangan antarabangsa mengenai kerahsiaan data dan kepercayaan digital menerusi penganjuran PROTECT Sarawak 2026 yang dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 April ini di The Waterfront Hotel, di sini.

Persidangan anjuran Purple Door (M) Sdn. Bhd. itu menghimpunkan pakar industri, penggubal dasar serta pemain teknologi dari dalam dan luar negara bagi membincangkan cabaran keselamatan siber yang semakin kompleks.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marsy Sebban berkata, ancaman siber kini bukan lagi sesuatu yang boleh dianggap sebagai isu terpencil, sebaliknya sudah menjadi realiti yang dihadapi semua pihak.

“Kita bukan lagi sedang bersedia menghadapi risiko digital, kita sudah pun berada di dalamnya. Setiap pelanggaran dan penyalahgunaan data akan menjejaskan kepercayaan.

“Tanpa kepercayaan, ekonomi digital tidak dapat berfungsi dengan baik,” katanya dalam kenyataan hati ini.

KETUA Pegawai Eksekutif Purple Door (M) Sdn. Bhd, Marsy Sebban,

Beliau menambah, persidangan itu bertujuan mengubah persepsi bahawa kerahsiaan data bukan sekadar keperluan pematuhan, tetapi tanggungjawab bersama dalam memastikan sistem digital kekal selamat dan diyakini.

Menurutnya, peningkatan kes seperti kebocoran data, serangan perisian tebusan, penipuan berasaskan kecerdasan buatan serta kecurian identiti menunjukkan keperluan mendesak untuk tindakan lebih menyeluruh.

Sehubungan itu, PROTECT Sarawak 2026 akan menjadi platform untuk kerajaan, sektor swasta dan institusi berkaitan menilai semula pendekatan terhadap tadbir urus data serta memperkukuh aspek keselamatan siber.

Persidangan tersebut turut menampilkan barisan penceramah tempatan dan antarabangsa termasuk Pengerusinya, Profesor Madya Dato Kolonel (Bersara) Ts Dr Husin Jazri serta beberapa pakar dari United Kingdom, Kanada, Australia dan Emiriah Arab Bersatu.

Penganjuran ini juga dilihat selari dengan usaha memperkukuh ekonomi digital Sarawak selain menyokong inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui penganjuran acara berasaskan ilmu.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi penganjur.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Sidang kemuncak Lions Asia Pasifik di Sibu dijangka himpun lebih 700 delegasi antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.